Monday 2 July 2012

SEJARAH SEKOLAH



Sejarah Sekolah Kebangsaan Sungai Bunyi, Pontian bermula apabila sebuah bangunan sekolah yang pertama didirikan secara gotong royong  dalan tahun 1947. bangunan sekolah yang asal itu didirikan secara menumpang di tapak tanah Masjid Jamek kampong Sungai Bunyi, Batu 35 yang ada sekarang ini. Sekolah ini di beri nama “ SEKOLAH MELAYU PARIT HAJI ISMAIL ”.  mengambil sempena nama pengasas kampong ini.

Tenaga pengajar sekolah ini pada awal penubuhannya ialah Cikgu Mohd. Abidin bin  Haji Salleh (Allahyarham). Tuan Haji Ahmad bin Sono (Allahyarham) dan Cikgu Mohd. Noh bin Idrus yang sekarang ini menetap di Kampong Rambah, Pontian. Gaji tiga orang tenaga pengajar ini ditampung oleh penduduk kampong.

                Pada bulan Jun 1949 bangunan itu diserahkan pentadbirannya kepada Jabatan Pelajaran Johor. Nama ” Sekolah Melayu Parit Haji Ismail ” dipinda kepada “ Sekolah Melayu Sungai Bunyi ”. Khidmat ketiga-tiga orang guru rakyat ini ditamatkan. Seorang Guru kerajaan ditempatkan di sekolah ini untuk mengambil alih khidmat guru-guru yang ditamatkan tempoh perkhidmatannya. Cikgu Mohd. Jani bin Abd.Wahab berkhidmat di Sekolah Melayu Sungai Bunyi sehingga persaraannya daripada jawatan Guru Besar pada 30 Januari 1975 setelah berkhidmat di sekolah ini selama lebih kurang 26 tahun.

                Dalam tahun 1959, melalui usaha gigih penduduk kampong Parit Haji Ismail (sekarang ini Kampong Sungai Bunyi, Batu 35) sebidang tanah seluas 2E 1R 12P dibeli. Tanah tersebut kemudiannya diserahkan kepada jabatan Pelajaran Johor. Untuk dibangunkan di atasnya sebuah bangunan sekolah baru yang lebih sempurna bagi menggantikan bangunan sekolah lama yang ada. Bangunan baru yang dibina di atas tapak yang baru menelan kos persekitaran RM 52.000. Perasmian bangunan sekolah baru ini telah dilakukan oleh Dato’ Haji Hassan bin Haji Yunos (Allahyarham), Menteri Besar Johor pada 26 Jun 1962.

Zaman berlalu Era Pendidikan Kebangsaan pesat menuju kearah reformasi dan kemajuan. Bangunan-bangunan sekolah baru didirikan disana-sini bagi menggantikan bangunan-bangunan lyang lama yang tidak lagi sesuai untuk menampung keperluan pendidikan yang kian canggih. Bagi menampung keperluan pendidikan yang lebih sempurna inilah maka diujudkan sebuah bangunan sekolah 2 tingkat di atas tapak tanah yang sama bagi menggantikan bangunan lama.

Bangunan sekolah  dua tingkat yang ada sekarang ini telah dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1982 dengan menelan belanja anggaran RM 737.000.00. Perasmian bangunan konkrit dua tingkat ini telah dilakukan oleh Menteri Besar Johor, YAB. Dato’ Abd. Ajib bin Ahmad pada tanggal 16 April 1983.

                Pada tahun 1998 sebuah lagi bangunan sekolah tiga tingkat yang menelan belanja sebanyak RM 1.3 Juta telah dibina dan siap sepenuhnya pada pertengahan 1999. bangunan ini turut dilengkapi dengan sebuah makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Muzik, Bilik Komputer, Bilik Guru, Bilik Gerakan, Pusat Sumber serta 6 buah bilik darjah. Tahun 2007 sebuah lagi bangunan 4 tingkat yang menelan belanja RM 3.8 juta juta  telah dibina  dan siap pada tahun 2009. Dengan terbinannya bangunan baru ini diharapkan dapat menampung pertambahan murid yang semangkin meningkat, disamping memberi pelbagai kemudahan asas dan keselesaan kepada semua warga sekolah ini.


No comments:

Post a Comment